Social Medias

Monday 2 September 2013

Sudut bilik yang telah dikemas..

Ha!! Dalam beberapa puluh post yang lalu, saya ada kata kan? Kalau berkesempatan, nak upload gambar.. Ha, ni gambar dia.. Jumpa juga.. haish..
Ini bahagian rak atas sekali.. sebenarnya untuk buku rujukan, buku teks dan kamus sahaja.. Tetapi berjaya deceroboh oleh novel sebab rumah novel terlalu kecil untuk bilangan novel yang banyak..

Ini bahagian tengah rak.. untuk novel tetapi terlalu banyak sehingga sesetengah penduduk terpaksa berpindah ke rumah tingkat atas.. Dari kiri novel penulis Ain Maisarah.. Dari kanan sekali novel lain-lain yang belum dibaca xD

Ini bahagian bawah sekali, khas untuk buku dan kertas yang jarang digunakan. Nampak tidak kemas, bukan? xD Buku nilam itu hanya sebagai hiasan semata-mata.. :p

Ini papan putih mini yang digantung di kawasan strategiknya, iaitu di atas rak tadi, atau lebih dikenali sebagai iklan dinding bumbung :p (nama merapu apa yang saya dok bagi dekat barang-barang ni xD ) Abaikan isinya xD

Ha.. ini buku rujukan.. nak improve Inggeris laa kononnya.. sampai sekarang mukasurat 50 pon tak sampai lagi xD ada dekat bawah meja di sekolah, tak sentuh pun lagi.. yang dekat bawah tu folio sivik.. dikira satu kejayaan juga laa sebab pertama kali siapkan folio dalam masa dua hari.. Hebat tak? :p xD


No comments:

Post a Comment