Social Medias

Sunday 25 August 2013

Pecah rekod peribadi

Hari Jumaat haritu.. 23 April 2013, saya telah mengikuti rombongan sekolah ke Kedah.. Malam itu kami makan KFC (Saya panggil Kepci)

Sebelum pergi ada buat survey, majoriti nak makan dekat mana.. antara Kepci, Mc D atau Pizza.. Kebiasaannya saya tidak akan vote.. sebab saya macam.. semua okey.. biar orang lain yang vote, saya ikut saja.. tapi kali ini.. saya tidak boleh melepaskan peluang.. nyawa di hujung tanduk :p cewah.. macamlah bahaya sangat =,=lll saya tidak tahu nak order Mc D dan Mc D banyak burger.. saya tidak suka makan burger dan pizza :p *banyak kerenah punya budak* 

Saya familiar dangan Kepci.. sampai saja tidak tengok menu sudah tahu order.. bukan apa.. setiap kali ke KOMTAR, pasti restoran KEPCI yang diserbu.. Snak Plate yang diorder setiap kali, hanya minuman yang berubah.. line up, sampai je, tak tengok menu dia sudah automatik terkeluar order dari mulut.. "Snack Plate dua, spicy, minum Pepsi dua"

Tapi kali ini.. saya order bersama kawan.. dia ada dekat atas.. hmm.. takpe.. dia pun nak Snack Plate.. tiba-tiba turun, kata nak tukar burger =,= then nak Snack Plate balik.. then nak burger.. Then seorang lagi datang.. nak burger.. sampai saya sakit kepala, kakak dekat kaunter tu pun sakit kepala =,= 

Order dia bunyi macam ni, "Snack Plate dua, satu spicy satu original, satu set E, minum satu Mountain Dew, satu 7up dan satu Pepsi.. dengan Fries biasa satu" Masa tu kawan saya macam.. "eh, Yun Sing? Bukan saya nak burger ka?" Me : "Eh... sorry !! Boleh tukar tak? Sorry.. er... Snack Plate satu, Set E dua, minum masih sama.. Fries biasa satu" Seorang lagi datang.. "Nak tambah order boleh?" "Satu Set B dan satu oreintal set" "Minum?" "Pepsi" "Ok.. satu Snack Plate, dua Set E, satu set B dan satu oriental set, Fries biasa satu, tiga pepsi, dua mountain dew" *pandang pada kami untuk mendapatkan kepastian* Saya: "Eh.. tiga Pepsi, satu Mountain Dew, satu 7up" Dahlah dengan speed cepat nak mampus tu..

Ok.. ingatkan over dah.. tiba-tiba yang last-last tiba-tiba datang tu kata "Tadi dua set itu Pepsi dua ka?" "Ya" "Nak satu saja boleh tak?" "Kalau tak ambil minuman pun harga sama" "Tau, tapi sudah ada minuman dah.. takleh tukar ka?" "Sorry, dah masukkan dah.." Me : =,=lll Dalam hati : "ini kali pertama saya pening order Kepci.. LOL" 

Kami diberi satu jam.. sampai restoran tu.. beratur mia panjang dan lama, sampai atas sudah 25 minit berlalu.. Takut tak sempat habiskan.. Baru sedar Snack Plate tu, dua ayam yang besar.. selalunya kalau diberi dua ayam camtu, saya akan minta tukar satu kepada paha.. baru tidak termuntah kena habiskan.. dahlah besar.. Haiz.. takpelah.. cuci tangan, ambil sos semua.. masa nak makan tu.. alamak alamak nasi lemak.. takde sudu =,=lll Tak kisah lah.. 

Mula makan dengan gaya tiga hari tak makan, padahal sudah rasa nak muntah sebelum mula makan.. perut masuk angin sudah.. Tak kisah dah apa yang dimakan, sumbat aje.. Last-last, sempat habis.. yeay ! Duduk senang-senang dok gigit ais.. telan ais.. menghayati permandangan.

Bila nak beratur naik bas baru sedar.. ini kali pertama saya makan cepat ini dengan dua ayam yang besar dan melicinkan pinggan tambah lagi fries dengan cup yang sudah kosong, tanpa ais.. EH, pecah rekod ni.. naik bas, sudah kali ketiga saya mengulangi pencapaian yang tidak berapa nak dikira pencapaian ini kepada orang ketiga.. Then ketawa macam orang gila keluar hutan.. senior yang duduk tepi saya kata "Esok saya rasa kamu jangan makan nasi, makan chocolate saja.. kalau tak, nanti jadi gila balik.." Haha xD

25 ogos 2013, Sunday, 8.30 AM

No comments:

Post a Comment