Social Medias

Thursday 8 August 2013

Cuti Sekolah 2 Minggu !!

Cuti sekolah sudah hampir seminggu, baru nak post. Macam ketinggalan sikit. Hmm.. takpe, asalkan cerita ! Haha~

Cuti sekolah ini banyak perkara yang saya nak buat. Setiap cuti sekolah pun begitu. Kata nak buat ini, nak buat itu, akhirnya apa pun tak buat. Buat apa? Duduk depan laptop, online facebook. Memang bagus sangat mia budak. Kali ini saya rancang dengan lebih teliti. Setiap keperluan difikirkan. Kali ini nak target keputusan peperiksaan akhir tahun.

Sebuah buku khas disediakan untuk perkara tersebut. *Heheh, nampak teramatlah serius* Keputusan yang ingin dicapai dituliskan pada halaman pertama. Pada halaman kedua dan ketiga, tertulis keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan susunan matapelajaran dari yang paling lemah. Matapelajaran yang berada di atas sekali, atau lebih dikenali sebagai matapelajaran yang paling rendah markahnya ialah English. Fuh ! Jia lat ! (Dahsyat)

Tidak lupa juga target bila nak siapkan apa. Jumaat, iaitu hari terakhir sekolah sebelum cuti dua minggu sempena sambutan hari Raya ini sampai hari Isnin pertama cuti sekolah ditargetkan untuk menyiapkan kerja sekolah tetapi akhirnya tidak dapat disiapkan atas sebab-sebab tertentu, atau saya namakannya masalah teknikal (cehwah) ! Antaranya adalah, saya tertinggal buku latihan yang diperlukan di sekolah. Memang dahsyat ! xD

Minggu pertama cuti sekolah ditergetkan untuk menyusun semula bilik dan mengulangkaji matapelajaran English. Bilik, atau lebih dikenali sebagai tempat saya berada sepanjang berada di rumah kalau tidak di depan laptop di luar bilik kerana di situlah tempat saya tidur, belajar dan buat pelbagai aktiviti. Boleh dibayangkan sekiranya laptop ini berada dalam bilik, pasti tidak keluar biliklah budak ini. Tempat tersebut sudah siap disusun atur ! Rak di sebelah meja belajar sudah dipenuhi dengan buku. Sekiranya saya jumpa 'benda' itu, akan saya upload gambar ye ! *Tunggu tahun depan, tempat itu disusun untuk kali kedua la maknanya kalau nak tunggu saya cari barang dalam rumah ini*

Berbalik kepada topik asal. Sekarang sudah hari keempat minggu pertama. Adakah saya berjaya mengulangkaji? Hehehee.. Boleh tahan laa.. pertama kali cuti sekolah saya berjaya menyelak buku *teruk bukan, saya ini?* Target nak menguasai bahasa itu.. hari keempat.. tiga hari lagi tinggal. Apa saya dapat?

Grammar- 8 parts
1. Noun (Kata Nama)
2. Pronoun (Kata Ganti Nama)
3. Adjective (Kata Adjektif)
4. Verb (Kata Kerja)
5. Adverb (Words that describe verbs)
6. Preposition (up,down,above,etc.)
7. Conjunction (Kata Hubung)
8. Interjection (Kata Seru)

Noun- 7 parts
1. Common noun (Kata Nama Am)
2. Proper noun (Kata Nama Khas)
3. Collective noun (a group of,etc.)
4. Countable noun
5. Uncountable noun
6. Abstract noun (Kata nama yang tidak dapat kita lihat dan sentuh)
7. Eee~ Lupa

Itu sahaja. Empat hari.... apalah yang nak jadi dengan saya ini.. memang JIA LAT !!

Huh. Baiklah, baik saya meminta diri dahulu sebelum post ini menjadi terlebih panjang dan membosankan. Hehee~ Nak sambung baca. Bye !

No comments:

Post a Comment