Social Medias

Wednesday 28 August 2013

Cat botol

Ya.. dalam post sebelum ni ada mention pasal nak cerita tentang cat tu.. 8 buku sempat disambar dalam tiga hari mereka menjual.. LOL.. ok, balik kepada topik asal..

Cat tu something macam projek laa.. Kami dari kelas Moral ni kena bawa 10 X 500ml punya botol.. then nak cat, letak kat satu tempat, susun ikut warna, buat macam Jalur Gemilang laa..

Kami dok buat dekat padang rekreasi tu.. masa orang lain dok kira botol dan buang label, saya duduk dekat satu sudut dengan kawan2.. dok cakap laa, gelak laa.. meditate pun ada... macam2......

Then kawan2 lain semua masuk kelas.. tinggal saya dengan seorang lagi.. cikgu tengok kami macam takda kerja so dia suruh laa kami pi ambil cat.. pi dekat bilik stor tu.. cikgu masuk cari cat.. kami dok kat luar tu.. dinding dia bersemut.. menakutkan.. pertama kali melihat struktur dalamannya xD

Woa, kami jalan sampai sini hanya untuk satu bekas cat yang kecil.. ok fine ;) gembira dapat exercise, LOL... kami pi balik then cikgu suruh buka..

Penutupnya ketat semacam.. cat dia kering dan melekat kat situ so xleh buka.. saya pegang penutup, kawan saya pegang badan bekas dan kami pun pusing laa ikut arah bertentangan..

Sempat ada aksi-aksi dan efek bunyi semua =,=lll terjerit-jerit, terkangkang2, berjalan ke belakang, ke depan, ke kiri dan ke kanan, ke depan balik, tidak tentu hala dengan memegang tin tu.. =,=lll siap ada pi baling dekat batu laa, ketuk dekat pokok.. tangan merah sudah tapi penutupnya bagaikan membenci kitaorang..

Kawan saya macam berputus asa dah kan.. saya masih lagi dengan bekas tu.. Berprinsip la kononnya.. saja nak mendera diri.. kata kalau tak buka, taknak lepas ~ akhirnya, terbuka !! Menjerit "MERDEKA" bagaikan orang hilang akal dan menyanyi lagu Malaysia Berjaya xD

Cikgu tengok ja then suruh tutup balik.. ada cat yang tumpah dekat tangan.. macam darah.. cat merah ba.. sudahlaa tu, busuk lagi cat tu =,= menyesal laa juga sebab buka xD 

Ini laa kisah penceritaan pembukaan penutup bekas cat dalam masa 5 minit lamanya.. siap kata nak rendam penutup dalam air panas lagi.. sains xD Penat ba :/ tapi seronok juga laa.....

28.8.2013 Rabu, 10.52pm (kata nak letak tapi asyik lupa xD )

No comments:

Post a Comment